Seramai 118 pencalonan diterima bagi merebut jawatan tertinggi UMNO, khususnya Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata daripada jumlah itu, lapan pemimpin menawarkan diri merebut tiga jawatan Naib Presiden sementara 95 bagi jawatan ahli MKT.